Isnin, Januari 31, 2011

CERITA PASAL DINAR & DIRHAM

4905229171 0d66a1286f Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?Baru-baru ini Kerajaan Kelantan telah melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai alternatif untuk kegunaan kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri Kelantan, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah selain untuk tujuan pembayaran zakat di negeri tersebut. Banyak reaksi yang diterima. Ada yang setuju, ada yang tidak. Pendapat anda pula?

Semalam kami telah mengeluarkan satu artikel yang menyentuh situasi hari ini di mana betapa rapuhnya wang fiat yang kita gunakan selama ini. Salah satu kebaikan sistem matawang emas adalah nilainya tetap walaupun zaman berubah, jadi ini tidak merugikan atau menzalimi peniaga dan pembeli. Kalau nak tahu lebih banyak mengenai sistem matawang yang bersandarkan dinar emas dan dirham perak, kita kena pahamkan bagamaimana sistem kapitalisme “beroperasi”….

Nilai duit Malaysia memang sentiasa turun. Contoh paling mudah, dahulu…………harga seringgit boleh beli lima bungkus nasi lemak. Sekarang dengan satu ringgit, boleh beli berapa bungkus nasi lemak?

4905229257 11e53d600f o Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu. Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara ini

Okey, kita sambung sedikit daripada artikel semalam, kalau dahulu Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan yang dialami terhadap ekonomi mereka juga menyebabkan ia turut menjangkiti negara-negara lain di dunia.

Tiada lagi detik sejarah kegemilangan Amerika sehingga mereka berani angkat muka tanda bangga, merekalah jaguh ekonomi dunia semasa era Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 sehingga mereka berjaya menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara masing-masing kepada dolar AS di mana mereka memberikan jaminan bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Apabila berlakunya ketidaktentuan turun naik nilai mata wang, ia telah menyebabkan spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan. Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai. Nampak kelebihan memiliki dinar emas?

4905867382 6d6d6eba81 Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?

Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara dilanda krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

  • Kadang kami jadi pelik apabila sebagai sebuah negara Islam tetapi kewangan tidak ISLAM
  • Kadang-kadang kami bertambah pelik apabila kita memang ada kewangan Islam, bunyi macam Islamic tetapi fungsi sama sahaja dengan konvensional

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai :

“sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”.

Oleh yang demikian, manusia sepatutnya mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya. Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

4905843414 1d7725dbc5 Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia sudah buka mata sehingga mereka menyeru menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang? Dinar emas menag tiada riba dalam Islam.

4905229281 6ab6156cfb o Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa menafikan laporan Bernama berhubung penggunaan emas dinar dan dirham perak sebagai matawang. Katanya, emas dan perak berkenaan tidak pernah diumumkan sebagai matawang, sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita itu. MALAYSIAKINI

Yang paling kami BIMBANG ketika ini di mana rezab BNM lebih tertumpu kepada rezab wang asing khususnya dolar amerika iaitu sebanyak 87.65Billion berbanding keseluruhan rezab matawang asing iaitu 87.7 Billion. Dollar US tiada apa-apa nilai yang sebenar. Yang sedihnya rezab emas negara hanya 0.4% sahaja. Apa-apa yang berlaku terhadap dollar Amerikan US$, kita hanya mempunyai selonggok wang kertas dollar dan sijil bond US yang layak dijadikan kertas kitar semula sahaja.

  • Total Gross International Reserves - 95.0
  • Foreign Currency Reserves - 85.1
  • IMF Reserve Position - 0.4
  • SDRs - 2.0
  • Gold - 1.5
  • Other Reserve Assets - 6.0

SUMBER : BNM

Kami sangat sarankan beli dinar emas, gold bar contohnya sebagai pelaburan jangka panjang. Dalam al-Quran sendiri ada tekankan di mana suatu hari emas itu akan menjadi suatu nilai yang sangat berharga. Nah…..al-Quran sudah memberikan gambaran awal tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Wang yang kita guna pada masa sekarang merupakan hasil ciptaan kapitalis. Mereka sendiri pun meramalkan pada suatu hari nanti nilai mata wang akan susut sehingga tidak bernilai lagi. Kita nak tunggu bila lagi baru nak bertindak?

  • Apabila bila kita melakukan sesuatu dan musuh kita marah terhadap apa yang kita lakukan, ini bermakna apa yang kita buat adalah betul dan tepat.
  • Jika kita melakukan sesuatu dan musuh kita senyap, maka ertinya kita telah sama setaraf dengan musuh kita kerana itu musuh kita tidak marah !
  • Dan bertambah pelik apabila kita membuat kerja dan meniru apa yang musuh kita lakukan. Macam mana tu? Renung-tenungkanlah…….

Zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir sendiri pun mengalakkan penggunaan dinar emas. Jadi langkah kerajaan negeri Kelantan sebenar tak salah malahan patut dipuji dan dicontohi.. Tak semua langkah-langkah kerajaan pembangkang itu adalah pembaziran cuma sesetengah kelompok yang suka melagakan bangsanya sendiri atas dasar politik semata.

  • 1/2 Dinar :: RM 293
  • 1 Dinar :: RM 586
  • 2 Dinar :: RM 1 172
  • 5 Dinar :: RM 2 930
  • 8 Dinar :: RM 4 688
  • 1 Dirham :: RM 13
  • 2 Dirham :: RM 26
  • 5 Dirham :: RM 65
  • 10 Dirham :: RM 130
  • 20 Dirham :: RM 260

Dalam usaha untuk mengelakkan manusia khususnya umat Islam terus daripada ditipu dan dizalimi oleh sistem matawang kapitalisme banyak lagi usaha yang diperlukan untuk menyempurnakan sistem matawang Islam. Semua perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menyokong sistem matawang Islam. Yang pastinya pembeli mesti memastikan pasti dinar emas atau dirham perak yang dibeli adalah dari kedai yang berdaftar, bukan dari individu atau apa persatuan lain. Seperkara lagi, bukan senang nak buat dinar emas tiruan sebab standard berat coin asli sangat beza dengan berat syiling palsu disebabkan komposisi logam yang ada di dalamnya.

4905843414 1d7725dbc5 Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?

Kalau kira soal pemalsuan pula, kita tidak boleh daripada menerima hakikat selagi ada teknologi dan perangai tamak manusia, selagi itu tak boleh lari dari gejala pemalsuan. Hatta duit kertas pun banyak yang telah dipalsukan. Bukan sikit sikit, setiap tahun berbillion billion dipalsukan. Duit yang dinilaikan juga boleh ditipu dengan pemberian berjuta-juta kepada syarikat kerajaan tanpa ada wujud duit nyata. Hanya angka dalam bank sahaja. (Amerika tengah buat sekarang ini )

Kalau nak simpan dinar emas atau dirham perak ini untuk mengelakkan risiko kecurian yang lebih rendah, boleh simpan di menara bank kerana bangunan seperti ini tidak berkongsi dengan perniagaan atau syarikat lain. Kebiasaannya mereka akan letakkan di bawah tanah. Harga sewanya untuk tempoh setahun sekitar RM115 setahun. Kalau simpan di cawangan bank yang terletak sebelah -menyebelah dengan kedai lain pun boleh, tetapi anda kerana sentiasa bersedia dengan risiko dinding bank ditebuk daripada dinding sebelah.

P/S : Apa apa pun kami penggunaan dinar emas dan dirham perak. Satu permulaan yang baik……

PP/S : Cuba bandingkan wang kertas dengan dinar emas merujuk kepada gambar di atas sekali, mana yang masih lagi bernilai walaupun sudah mengalami kerosakan….?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...