Isnin, Januari 31, 2011

CERITA PASAL DINAR & DIRHAM

4905229171 0d66a1286f Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?Baru-baru ini Kerajaan Kelantan telah melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai alternatif untuk kegunaan kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri Kelantan, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah selain untuk tujuan pembayaran zakat di negeri tersebut. Banyak reaksi yang diterima. Ada yang setuju, ada yang tidak. Pendapat anda pula?

Semalam kami telah mengeluarkan satu artikel yang menyentuh situasi hari ini di mana betapa rapuhnya wang fiat yang kita gunakan selama ini. Salah satu kebaikan sistem matawang emas adalah nilainya tetap walaupun zaman berubah, jadi ini tidak merugikan atau menzalimi peniaga dan pembeli. Kalau nak tahu lebih banyak mengenai sistem matawang yang bersandarkan dinar emas dan dirham perak, kita kena pahamkan bagamaimana sistem kapitalisme “beroperasi”….

Nilai duit Malaysia memang sentiasa turun. Contoh paling mudah, dahulu…………harga seringgit boleh beli lima bungkus nasi lemak. Sekarang dengan satu ringgit, boleh beli berapa bungkus nasi lemak?

4905229257 11e53d600f o Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu. Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara ini

Okey, kita sambung sedikit daripada artikel semalam, kalau dahulu Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan yang dialami terhadap ekonomi mereka juga menyebabkan ia turut menjangkiti negara-negara lain di dunia.

Tiada lagi detik sejarah kegemilangan Amerika sehingga mereka berani angkat muka tanda bangga, merekalah jaguh ekonomi dunia semasa era Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 sehingga mereka berjaya menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara masing-masing kepada dolar AS di mana mereka memberikan jaminan bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.

Apabila berlakunya ketidaktentuan turun naik nilai mata wang, ia telah menyebabkan spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan. Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai. Nampak kelebihan memiliki dinar emas?

4905867382 6d6d6eba81 Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?

Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara dilanda krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.

  • Kadang kami jadi pelik apabila sebagai sebuah negara Islam tetapi kewangan tidak ISLAM
  • Kadang-kadang kami bertambah pelik apabila kita memang ada kewangan Islam, bunyi macam Islamic tetapi fungsi sama sahaja dengan konvensional

Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai :

“sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”.

Oleh yang demikian, manusia sepatutnya mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya. Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

4905843414 1d7725dbc5 Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?

Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia sudah buka mata sehingga mereka menyeru menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang? Dinar emas menag tiada riba dalam Islam.

4905229281 6ab6156cfb o Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa menafikan laporan Bernama berhubung penggunaan emas dinar dan dirham perak sebagai matawang. Katanya, emas dan perak berkenaan tidak pernah diumumkan sebagai matawang, sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita itu. MALAYSIAKINI

Yang paling kami BIMBANG ketika ini di mana rezab BNM lebih tertumpu kepada rezab wang asing khususnya dolar amerika iaitu sebanyak 87.65Billion berbanding keseluruhan rezab matawang asing iaitu 87.7 Billion. Dollar US tiada apa-apa nilai yang sebenar. Yang sedihnya rezab emas negara hanya 0.4% sahaja. Apa-apa yang berlaku terhadap dollar Amerikan US$, kita hanya mempunyai selonggok wang kertas dollar dan sijil bond US yang layak dijadikan kertas kitar semula sahaja.

  • Total Gross International Reserves - 95.0
  • Foreign Currency Reserves - 85.1
  • IMF Reserve Position - 0.4
  • SDRs - 2.0
  • Gold - 1.5
  • Other Reserve Assets - 6.0

SUMBER : BNM

Kami sangat sarankan beli dinar emas, gold bar contohnya sebagai pelaburan jangka panjang. Dalam al-Quran sendiri ada tekankan di mana suatu hari emas itu akan menjadi suatu nilai yang sangat berharga. Nah…..al-Quran sudah memberikan gambaran awal tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Wang yang kita guna pada masa sekarang merupakan hasil ciptaan kapitalis. Mereka sendiri pun meramalkan pada suatu hari nanti nilai mata wang akan susut sehingga tidak bernilai lagi. Kita nak tunggu bila lagi baru nak bertindak?

  • Apabila bila kita melakukan sesuatu dan musuh kita marah terhadap apa yang kita lakukan, ini bermakna apa yang kita buat adalah betul dan tepat.
  • Jika kita melakukan sesuatu dan musuh kita senyap, maka ertinya kita telah sama setaraf dengan musuh kita kerana itu musuh kita tidak marah !
  • Dan bertambah pelik apabila kita membuat kerja dan meniru apa yang musuh kita lakukan. Macam mana tu? Renung-tenungkanlah…….

Zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir sendiri pun mengalakkan penggunaan dinar emas. Jadi langkah kerajaan negeri Kelantan sebenar tak salah malahan patut dipuji dan dicontohi.. Tak semua langkah-langkah kerajaan pembangkang itu adalah pembaziran cuma sesetengah kelompok yang suka melagakan bangsanya sendiri atas dasar politik semata.

  • 1/2 Dinar :: RM 293
  • 1 Dinar :: RM 586
  • 2 Dinar :: RM 1 172
  • 5 Dinar :: RM 2 930
  • 8 Dinar :: RM 4 688
  • 1 Dirham :: RM 13
  • 2 Dirham :: RM 26
  • 5 Dirham :: RM 65
  • 10 Dirham :: RM 130
  • 20 Dirham :: RM 260

Dalam usaha untuk mengelakkan manusia khususnya umat Islam terus daripada ditipu dan dizalimi oleh sistem matawang kapitalisme banyak lagi usaha yang diperlukan untuk menyempurnakan sistem matawang Islam. Semua perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menyokong sistem matawang Islam. Yang pastinya pembeli mesti memastikan pasti dinar emas atau dirham perak yang dibeli adalah dari kedai yang berdaftar, bukan dari individu atau apa persatuan lain. Seperkara lagi, bukan senang nak buat dinar emas tiruan sebab standard berat coin asli sangat beza dengan berat syiling palsu disebabkan komposisi logam yang ada di dalamnya.

4905843414 1d7725dbc5 Dinar Emas & Dirham Perak Kelantan. BAGUS?

Kalau kira soal pemalsuan pula, kita tidak boleh daripada menerima hakikat selagi ada teknologi dan perangai tamak manusia, selagi itu tak boleh lari dari gejala pemalsuan. Hatta duit kertas pun banyak yang telah dipalsukan. Bukan sikit sikit, setiap tahun berbillion billion dipalsukan. Duit yang dinilaikan juga boleh ditipu dengan pemberian berjuta-juta kepada syarikat kerajaan tanpa ada wujud duit nyata. Hanya angka dalam bank sahaja. (Amerika tengah buat sekarang ini )

Kalau nak simpan dinar emas atau dirham perak ini untuk mengelakkan risiko kecurian yang lebih rendah, boleh simpan di menara bank kerana bangunan seperti ini tidak berkongsi dengan perniagaan atau syarikat lain. Kebiasaannya mereka akan letakkan di bawah tanah. Harga sewanya untuk tempoh setahun sekitar RM115 setahun. Kalau simpan di cawangan bank yang terletak sebelah -menyebelah dengan kedai lain pun boleh, tetapi anda kerana sentiasa bersedia dengan risiko dinding bank ditebuk daripada dinding sebelah.

P/S : Apa apa pun kami penggunaan dinar emas dan dirham perak. Satu permulaan yang baik……

PP/S : Cuba bandingkan wang kertas dengan dinar emas merujuk kepada gambar di atas sekali, mana yang masih lagi bernilai walaupun sudah mengalami kerosakan….?

KISAH 1 DINAR 5 TAHUN DULU.....

Rujukan: 19/04/2005-Arkib Utusan Malaysia Oleh Zaharuddin Md Ali (Wartawan Utusan)

Banyak orang mengetahui mengenai dinar emas tetapi berapa ramai pula yang yakin kewujudannya sebagai satu lagi alternatif pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang baik.

Selain bebas daripada unsur-unsur riba, dinar emas ternyata mampu dijadikan instrumen pelaburan terbaik, berdasarkan sifat emas itu sendiri sebagai satu komoditi yang amat bernilai dan boleh didagangkan di seluruh dunia.

Di Malaysia, dinar emas wujud dan ia adalah satu instrumen pelaburan yang sah dan mampu memberikan pulangan yang baik selain kaedah urus niaga atau pelaburan lain.

Menurut Pengarah Urusan KPMJ Gold Sdn. Bhd. Ariff Kassim, mungkin kerana pelaburan atau urus niaga menggunakan dinar emas ini masih baru di negara ini, menyebabkan ramai yang kurang berpengetahuan mengenainya.

“Ia (pelaburan dan urus niaga menggunakan dinar emas) sebenarnya telah bermula di Malaysia dan pulangan kepada mereka yang menyertainya amat kompetitif.

“Sebagai contoh… enam bulan lepas, satu dinar emas dijual pada harga RM212 dan harga semasa bagi satu dinar ialah RM243. Bayangkan keuntungannya,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu pertemuan di pejabatnya di Johor Bahru baru-baru ini.

KPMJ Gold ialah anak syarikat Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor yang dilantik sebagai wakala (ejen) IGD Practice Sdn. Bhd. untuk mengembangkan penggunaan dinar emas dalam masyarakat di Johor dan Singapura.

Satu dinar ialah bersamaan 4.25 gram emas 916 dan piawaian ini ditetapkan oleh Sayidina Umar al-Khattab ketika menjadi khalifah Islam yang kedua.

Pada masa ini, dinar emas dijual dalam pecahan setengah dinar, satu dinar, dua dinar dan 20 dinar mengikut harga emas di pasaran semasa.

Menurut Ariff, melabur atau membuat urus niaga dengan dinar menepati keperluan syariah dalam usaha mewujudkan satu sistem ekonomi tanpa riba.

“Jika kita beli saham, kita sebenarnya membeli `kertas’ dengan nilai tertentu berbanding membeli dinar, kita sebenarnya membeli emas yang sebenar,” katanya.

Di Malaysia, tambah beliau, memang ada pelbagai kaedah pelaburan dan dinar emas adalah satu daripada instrumen pelaburan yang seharusnya dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Jika sebelum ini ramai yang membuka akaun simpanan tetap, akaun simpanan atau melabur di mana-mana saham amanah, kini mengapa tidak mencuba melabur melalui dinar emas sebagai satu lagi opsyen, tanya beliau.

“Infrastruktur untuk menjalankan urus niaga dinar emas kini telah wujud dan mengapa ia tidak dimanfaatkan kerana terbukti ia memberi pulangan yang baik kepada pelaburan yang dibuat,” jelas beliau.

Sejak lima tahun lalu, katanya, harga emas di pasaran antarabangsa telah meningkat 49 peratus.

Mengenai kaedah urus niaga dan pelaburan yang dikendalikan oleh KPMJ Gold, beliau menjelaskan, mereka yang melabur boleh membeli dinar emas pada harga semasa dan menjualnya semula apabila berpendapat telah meraih keuntungan.

“Emas (dinar) yang dibeli boleh dibawa balik untuk dijadikan simpanan peribadi atau membuka akaun dan menyimpannya dengan KPMJ Gold.

“Akaun dengan kami boleh diakses 24 jam sehari melalui Internet dan kami tidak mengenakan sebarang kos tambahan untuk menyimpan dengan selamat dinar emas para pelanggan,” jelas beliau.

Selain pelaburan berbentuk simpanan itu, Ariff berkata, dinar emas itu juga boleh dilaburkan di bawah skim Qiradh – satu skim pelaburan Islam yang berasaskan konsep al-mudharabah.

Qiradh menawarkan pulangan antara lapan hingga 11 peratus setahun – berdasarkan nilai dinar emas ketika pelaburan dibuat dan jumlah dinar yang dilaburkan.

Keuntungan yang diperoleh dibayar secara bulanan, mulai bulan pertama tanpa perlu menunggu tempoh matang (setahun).

Sejak KPMJ Gold dilantik menjadi wakala Februari lalu, katanya, sambutan terhadap pelaburan menggunakan dinar emas ini menggalakkan.

Bagaimanapun, banyak lagi yang akan dilakukan untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai peluang meraih pulangan melalui dinar emas.

“Kita menyasarkan untuk mencatatkan perolehan lebih RM20 juta dalam tahun pertama operasi dan berharap lebih banyak yang mengetahui manfaat melabur dalam dinar emas akan berurusan dengan kami,” katanya.

Mereka yang berminat bagaimanapun perlu benar-benar memahami kaedah pelaburan dan pengiraan keuntungan pelaburan dibuat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum membuat sebarang komitmen.-

p/s: Cuba bandingkan harga 1 dinar 5 tahun dulu: rm243, tapi sekarang rm600++…

TIPS BELI EMAS.....

Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yg faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.

Tetapi bg sesetengah individu yg masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dengan Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya melambung semakin tinggi.

Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dalam dagangan futures market, mmg patut utk anda berasa takut utk membuat dagangan..

Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yg spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pn harganya di pasaran, nilainya akn terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.

Jadi tiada istilah utk tnggu harganya turun, baru beli atau “Buy Low, Sell High” dlm pelaburan emas fizikal ini. kalau anda terus berpegang dgn konsep seperti itu, sy jamin walau harganya dh mencecah RM 200 segram sekalipun, anda masih belum membeli waima 1 gram emas, krn merasakan harganya dh cukup tinggi dan mungkin akn turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.

Konsep tu betul jika digunakan utk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan utk membeli emas fizikal bermakna anda telah mnggunakan teknik pelaburan yg tidak sesuai dgn portfolionya.

kesannya, sampai bila2 pn pelaburan tidak akan dibuat.

Tiada sesiapa yg boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yg cukup tnggi dan xkn naik lagi, krn jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi mnjadi sandaran kpd nilai matawang. Adakah situasi ini akan berlaku?

Make your decision now, or will never…

Ahad, Januari 30, 2011

BELI EMAS SEKARANG

Kenaikan Emas 2009 dan 2010:

Apa khabar semua, semoga azam anda di awal tahun baru
ini terus menjadi kenyataan iaitu dengan memiliki aset dalam
bentuk emas. Bagi mereka yg mempunyai azam yg berbeza
teruskan. Buatlah keputusan yang bijak untuk kebaikan anda
dan keluarga tersayang.
Di sini saya bg info ringkas tentang kenaikan emas 2009 dan 2010.
Mari kita lihat di bawah:
Prestasi harga emas sekitar tahun 2009.
Jika kita lihat pergerakan harga emas daripada bulan Januari, maka
kita dapati harga emas telah meningkat sebanyak 37%


Bagi sesiapa yang membeli emas dari awal tahun,
pasti
tersenyum lebar dengan kenaikan harga emas
yang tinggi.
Bagi mereka yang masih ternanti-nanti,
tak beli lagi dan masih tertunggu-tunggu harga emas
murah akan merasa ruginya
tak beli di awal tahun dulu...

OK MARI KITA TENGOK HARGA EMAS 2010 YG BARU
SAHAJA MENINGGALKAN KITA 2 HARI YANG LALU. APA
KATA KITA SEMUA.....


Itulah hakikat kenaikannya.... Cuba anda fikirkan, Jika
anda membeli emas di awal tahun 2010 apa yang anda
akan dapat...tentunya keuntungan yang berganda-ganda.
Anda masih lagi mempunyai peluang jika ingin
mendapatkan keuntungan dengan membeli emas di awal
tahun 2011 iaitu SEKARANG!!! yang baru sahaja melangkah
beberapa hari sahaja.
Kesimpulannya mulai hari ini belilah EMAS dan nikmati
keuntungannya nanti pada 2012 atau lebih awal dari tempoh itu.
Insya Allah.

RAMALAN HARGA EMAS 2011

Di sini saya postkan sedikit artikel dari Bloomberg berkenaan kenaikan harga emas dalam jangkamasa 12 bulan yang akan datang.

Semoga ianya sedikit sebanyak akan memberikan pendedahan kepada kita semua tentang keuntungan pelaburan emas!!




Kenaikan emas pada tahun 2010 sebanyak 28%, tahun 2011 dijangka 28% juga, purata kenaikan dalam tempoh 2 tahun adalah sebanyak 56%!!

Manakala kenaikan Silver pada tahun ini telah mencecah 77% dan mungkin akan meningkat kepada 80%. Pada tahun hadapan kenaikan harga Silver dijangka akan meningkat lebih tinggi lagi disebabkan permintaan yang berganda bagi kegunaan industri!!

Adakah rugi membeli Emas & Perak?

Keputusan di tangan anda, tentukan halatuju kebebasan kewangan anda, disamping memiliki aset pelaburan yang kukuh dan terjamin sejak zaman-berzaman.

Isnin, Januari 24, 2011

OVERLAP AR RAHNU

Membuat Overlap/Offset diatas kenaikan harga emas


Duit lebihan overlap/offset = Nilai Pinjaman baru - (Nilai pinjaman lama + upah simpan lama)

Contoh Harga Emas (Suatu tarikh dalam Bulan November 2010)
Purity/Rate
Harga/Gram
999.9
RM166.00
916
RM157.00

Dengan mengambil contoh;
Nilai Pinjaman Lama bagi 1 Dinar (3 unit) = RM1215.58, Upah simpanan = RM13.02
Nilai Pinjaman Lama bagi 20gram Gold Bar = RM2044.00, Upah simpanan = RM21.90

Pengiraan:
1 Dinar (4.25g) (Purity/Rate=916)
Nilai Marhun: 4.25g x 3unit x RM157.00 = RM2001.75
Pinjaman : 70% x RM2001.75 = RM1401.22
Upah Simpan: (RM2001.75/RM100) x RM0.75 = RM15.01

20gram gold bar (Purity/Rate=999.9)
Nilai Marhun: 20g x RM166.00 = RM3320.00
Pinjaman : 70% x RM3320.00 = RM2324.00
Upah Simpan: (RM3320.00/RM100) x RM0.75 = RM24.90


Duit lebihan overlap/offset = Nilai Pinjaman baru - (Nilai pinjaman lama + upah simpan lama)

= (RM1401.22 + RM2324.00) – ((3259.58 + (RM34.92 x 3bulan))
= RM3725.22 – RM3364.34
= RM360.88

EMAS ITU DUIT....

Sebelum anda membuat sesuatu pelaburan, anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai pelaburan tersebut.Begitu juga dengan pelaburan emas.Anda perlu mendalami ilmu emas dahulu sebelum melabur.Ini kerana setelah anda cukup memahami mengenai nilai emas, anda akan yakin dengan dengan pelaburan ini.

Disini ingin saya kongsi bersama beberapa teknik untuk menjana pendapatan dengan emas.

1. Teknik beli emas dan simpan sebagai aset.
  • Pelaburan jangka masa panjang
  • Simpan selama yang mungkin
  • Kenaikan harga emas 20%-35% setahun
  • Bayangkan nilai emas anda selepas 10 tahun
2. Teknik beli emas ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.
  • Beli emas ketika harga rendah dan simpan..
  • Perhatikan pergerakan harga emas.
  • Jual semula ketika harga emas tinggi.
  • Pastikan spread harga rendah dan nikmati keuntungan.
3. Teknik beli emas,pajak dan beli emas lagi.
  • Pajak emas di Arrahnu ketika harga rendah.
  • Beli emas lagi dengan menggunakan duit hasil pajakan.
  • Buat berulangkali sehingga stok emas mencukupi
  • Jual emas dalam tangan ketika harga tinggi
  • Tebus satu persatu emas anda dalam Arrahnu hingga habis.
  • Kira keuntungan.
4. Teknik membuat pinjaman bank untuk beli emas.
  • Pilih pinjaman bank yang sesuai.
  • Beli emas secukupnya dan simpan.
  • Sekiranya pinjaman selama 5 tahun, kenaikan harga emas ialah 100%-175% dalam tempoh 5 tahun.
  • Selepas selesai pinjaman, kira untungnya.
5. Teknik beli emas,pajak dan meniaga emas.
  • Beli emas pada harga rendah untuk jadikan stok
  • Pajak di Arrahnu untuk tambahkan stok.
  • Tebus satu persatu dan mula meniaga emas.
  • Dapat jana pendapatan bulanan.
* Sekiranya anda ingin menyimpan emas dengan selamat, bolehlah menyimpannya di Safe Deposit Box Agrobank dengan kadar sewaan serendah RM25 setahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...