Isnin, November 14, 2011

ELAKKAN DARI TERTIPU DALAM MEMBELI EMAS

Assalamualaikum , moga perkongsian cerita dibawah dijadikan satu ingatan kepada kita semua sebelum melibatkan diri dalam pelaburan emas .

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.

Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.

Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.

Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.

Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.

Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.

Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70.

Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.

Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas.

Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas.

Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000.

Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik.

Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.

Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun.

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank.

Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan.

Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian.

Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.

Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas.

Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan.

Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun.

Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri.

Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri.

Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung.

Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan.

Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.

Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.PELABUR EMAS SEJATI Johor Bahru / Harian Metro Online.

Isnin, Oktober 31, 2011

Banjir Di Thailand Paksa Penduduk Jual Emas

BANGKOK: Penduduk Thailand dilaporkan mula mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menjual emas untuk ditukarkan dengan wang tunai selain menyimpan bekalan makanan dan air minuman berikutan keadaan banjir yang dilaporkan semakin buruk.

Pelanggan di sekitar Bangkok datang ke kedai kami sama ada The Old Siam atau Wong Wian Yai untuk menjual emas. Mereka berpendapat lebih baik menyimpan wang tunai berbanding emas dalam keadaan kecemasan sekarang, kata Pengerusi MTS Gold Futures, Kritcharat Hirunyasiri yang dipetik The Bangkok Post, semalam. Kedai kami biasanya tutup jam 5.30 petang tetapi kini kami melanjutkan operasi hampir jam 9 malam untuk menunggu wang tunai dari bank pusat berikutan overdraf wang tunai harian kami di bank sebanyak 500 juta baht (RM50 juta) tidak mencukupi

Syarikat itu menjual kira-kira 3.5 tan emas sehari bernilai 7 bilion baht (RM70.71 juta) sejak Jumaat hingga Isnin, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding jualan biasa berikutan permintaan tinggi.

Perniagaan kedai emas menyusut sehingga 40 peratus ketika banjir berikutan orang ramai lebih memerlukan wang tunai, kata Kritcharat.Pada masa Menteri Perdagangan Thailand, Kittiratt Na-Ranong menasihatkan pendudu tidak membeli telur jika harga terlalu mahal.Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan peruncit dikatakan menjual telur sehingga 8 baht (80 sen) sebiji.Jika harga telur terlalu tinggi sehingga 8 baht sebiji, jangan beli. Cari makanan lain, katanya sambil menambah harga barang mahal berikutan kos termasuk pengangkutan kian meningkat.

Jabatan Perlindungan Buruh dan Kebajikan melaporkan lebih 2,800 daripada 740,000 pekerja kehilangan pekerjaan disebabkan banjir buruk yang berterusan melanda Thailand sejak tiga bulan lalu.Bagaimanapun, kebanyakan majikan berjanji bahawa akan terus mengambil 280,000 pekerja berkenaan.

Selain itu, 600,000 pekerja asing dilaporkan terperangkap di kawasan banjir menantikan bantuan bekalan selain terpaksa berhadapan dengan masalah pemotongan gaji berikutan kerugian yang dialami majikan mereka, kata sebuah kumpulan penasihat yang dipetik The Nation, semalam.

Seramai 2,893 pekerja yang diberhentikan diberikan pampasan penuh di mana 343 daripada mereka adalah pekerja separuh masa dengan tiga syarikat manakala yang lain adalah pekerja sepenuh masa bersama enam firma. – Agensi / Berita Harian Online

Isnin, Oktober 10, 2011

KESULITAN AMAT DIKESALI...

Minggu ni web Public Gold telah diserang oleh pengodam..
Jadik ramai yg mengeluh tak dapat tengok harga Public Gold...
Kat sini saya link kan web yg boleh saudara saudari tengok harga semasa Public Gold...



Semoga tiada masalah lagi untuk saudara saudari meng LOCK emas...
Boleh hubungi saya di talian...0197429398 @ 0137789398....

Selasa, September 27, 2011

HARGA EMAS JATUH LAGI.........

Pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus.ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.

Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.
Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.

Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.

Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.

Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.

Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.

Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.

Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.

Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.

Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters

Isnin, September 05, 2011

TEKNIK MANIPULASI

Teknik Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Emas

Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips bagi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas khas kepada semua pembaca . Saya harap teknik2 yang ditunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas. Semua tips2 ini saya perolehi dari sifu-sifu emas di Malaysia dan telah pun saya praktikkan. Selamat membaca!

TEKNIK PERTAMA : Beli emas & Jual apabila harga naik.

Apa yang perlu anda lakukan adalah beli EMAS SEKARANG. Kemudian jual apabila harga telah melonjak naik. Ini adalah teknik biasa yang dilakukan oleh pelabur dan penyimpan emas. Anda sendiri tentukan bila sepatutnya mendapat keuntungan dari emas simpanan anda.

Kebanyakan orang yang baru hendak bermula akan teragak-agak untuk membeli emas pertama mereka walaupun mereka tahu pelaburan emas ini sangat menguntungkan. Ini kebiasaannya berlaku apabila harga emas meningkat tinggi. Mereka takut harga emas akan jatuh selepas mereka membeli emas. Pemikiran seperti ini haruslah dielakkan.

Ingin saya ingatkan para pembaca sekali lagi bahawa pelaburan emas adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana & panjang (setahun ke atas). Berdasarkan analisa harga emas 10 tahun kebelakangan ini, walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trend harga emas sentiasa berada dalam keadaan menaik. Jadi anda pasti akan dapat membuat keuntungan dengan emas. Bertindaklah sekarang!!

TEKNIK KEDUA : Beli emas secara berterusan & konsisten.

Kaedah ini memerlukan disiplin anda, iaitu dengan membeli emas secara konsisten. Dengan teknik ini anda akan mendapat keuntungan secara pemurataan kos (cost averaging). Contohnya target anda untuk membeli 20gram jongkong emas setiap 2 bulan. Berdasarkan trend harga emas yang sentiasa menaik, jika anda membeli emas secara konsisten maka purata harga emas anda akan menurun.

Tarikh Harga Belian
Tarikh Harga Belian
15/1/2009 1823.2 29/1/2010 2430.8
11/3/2009 2025.8 23/3/2010 2475.8
18/5/2009 2070.8 21/5/2010 2656
13/7/2009 2048.2 23/7/2010 2678.4
1/9/2009 2149.6 6/9/2010 2813.2
3/11/2009 2385.8 17/11/2010 3016

(Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com dan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 usd = 3.5 MYR)

Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah RM2381.13 bagi setiap 20 gram jongkong emas.

Pada 28/11/2010 nilai belian balik pada harga ‘We Buy’ (lihat jadual pembelian balik Public Gold Price) untuk 20 gram emas ialah RM2921 setiap satu. Maka keuntungan anda ialah:

(RM2921 – RM2381.13) x 12 jongkong = RM6478.44 !!

Maka keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak22.67% !.
Jadi mengapa tunggu lagi? Belilah emas sekarang!

TIPS bagi menggandakan lagi keuntungan anda menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah dengan membuat pembelian emas pertama dengan jumlaah yang paling maksimum.

Sila lihat contoh di bawah ini:
Di dalam contoh ini saya telah membuat belian pertama sebanyak 15 jongkong emas seberat 20 gram setiap satu. Mari kita lihat pengiraannya:

Tarikh Harga Belian
Tarikh Harga Belian
15/1/2009 1823.2 x 15 = 27348 29/1/2010 2430.8
11/3/2009 2025.8 23/3/2010 2475.8
18/5/2009 2070.8 21/5/2010 2656
13/7/2009 2048.2 23/7/2010 2678.4
1/9/2009 2149.6 6/9/2010 2813.2
3/11/2009 2385.8 17/11/2010 3016

Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah RM2080.71 bagi setiap 20 gram jongkong emas.
Maka keuntungan anda ialah:

(RM2921 – RM2080.71) x 26 jongkong = RM 21847.54 !!!

Maka keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak40.38% !!. Wow, macamana…banyak tak?
Jadi mengapa tunggu lagi? Belilah emas sekarang!

TEKNIK KETIGA : Buat pinjaman untuk beli Emas Fizikal.

Berdasarkan kepada trend kenaikan harga emas yang semakin tinggi sejak tahun 2000, anda boleh rujuk pada analisa saya, satu kajian telah dibuat untuk melihat samada untung atau tidak seseorang membuat pinjaman bank bagi membuat pelaburan emas.
Hasil kajian tersebut mendapati dengan membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang
menguntungkan. Ini adalah kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.

Apa yang dapat saya katakan disini adalah pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya, manakala pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Baiklah tanpa membuang masa, dibawah ini adalah hasil analisa berdasarkan data yang sebenar.

KAJIAN KES:

Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00

Jika RM10 000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat 8 Keping Kijang Emas 1 Oz

Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1
Oz ketika itu adalah RM2351.
Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18 808.00 (RM2351 x8)

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88% .

Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 6/12/2010 – berapakah keuntungan anda?

Pengiraan:
Harga Kijang Emas pada 6/12/2010 ialah RM4505.00 seunit
Jadi RM4505.00 x 8 keping = RM36,040.00!!

Keuntungan bersih anda ialah RM22,420!! dalam masa 8 tahun (bersamaan 224%). Purata
pulangan ialah 28% setahun. Memang Lumayan!!

rujukan harga Kijang Emas:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

TEKNIK KEEMPAT : Beli emas dan Pajak dan Beli lagi Emas.

Sekarang saya akan terangkan pula teknik yang digunakan oleh kebanyakan pelabur2 emas tegar bagi menjana keuntungan mereka iaitu melalui teknik manupulasi Ar-rahnu. Tetapi teknik ini hanya boleh digunakan oleh pemegang emas fizikal sahaja. Jika anda sudah beli emas fizikal…teknik ini sesuai untuk anda.
Caranya amat mudah sekali. Sila lihat step-step dibawah ini:

  1. Anda mestilah ada emas fizikal. Jika masih belum ada, boleh la beli dengan saya (hehe..sempat promote lagi tu). Lebih banyak kuantitinya maka lebih bagus. Kemudian pajakkan emas anda di ar-rahnu ketika harga emas rendah. Kemudian hasil pajakan emas tadi, anda beli lagi emas fizikal. Saya cadangkan beli emas Public gold memandangkan spread harganya yang rendah. Ini sekali gus dapat memaksima kan keuntungan anda melalui teknik ini.
  2. Kemudian anda pajak belian emas kedua tadi di ar-rahnu. Hasil pajakan tersebut, anda beli lagi emas fizikal. Proses beli dan pajak ini boleh diulangi 2@3 kali. Sebab itu saya katakana lebih banyak modal anda maka lebih bagus. Jika modal anda lebih dari RM100,000 maka proses beli dan pajak itu boleh diulang sehingga beberapa kali.
  3. Pastikan anda mempunyai emas fizikal di tangan anda pada penghujung proses ini. Tujuannya adalah untuk menebus kembali emas-emas anda dalam pajakan ar-rahnu apabila harganya emas naik dengan mejual stok emas ditangan anda. Proses di boleh diulangi sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses ini anda akan mendapat semula emas pertama anda + keuntungan setelah menolak kos upah simpan di ar-rahnu berdasarkan kenaikkan harga emas semasa yang kian meningkat.

??

Proses pajak & beli emas fizikal.

TEKNIK KELIMA : Melabur sambil berniaga Emas.
Sekarang saya akan dedahkan satu teknik rahsia kepada semua pembaca blog. Dalam banyak-banyak teknik diatas saya kira teknik inilah yang mendatangkan pulangan yang paling lumayan. Teknik yang akan saya tunjukkan adalah teknik melabur sambil berniaga!!. Ya…teknik ini tidak dipengaruhi oleh pasaran emas yang turun naik. Dengan teknik ini anda akan sentiasa menjana keuntungan walaupun berhadapan dengan situasi-situasi berikut:

Senario 1 : Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan = Anda Untung!!
Senario 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung!!
Senario 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh= Anda Masih Untung!!!

Bagaimana melabur sambil berniaga?

Bagaimana melabur sambil berniaga?

Salah satu caranya adalah melabur sambil berniaga emas dengan menjadi agen Public Gold. Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun anda turut berpeluang menjual emas pelaburan keluaran Public Gold. Produk mereka yang sangat berkualiti, harganya berpatutan (jauh lebih murah berbanding harga jongkong emas di kedai emas) dan dapat membolehkan anda menjana pendapatan sampingan. Public Gold merupakan pengeluar emas pelaburan yang menjual emas pelaburan pada harga antarabangsa.

Keuntungan menjadi agen Public Gold.
Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda akan menjual dan membeli emas Public Gold mengikut harga semasa. Harga semasa ini dipaparkan di laman web www.publicgold.com.my dan harga ini berubah setiap 20 minit.

Apabila anda menjadi agen Public Gold anda akan mendapat faedah-faedah seperti berikut:

1. Komisyen jualan 1.5%
Anda akan mendapat komisyen jualan sebanyak 1.5% daripada nilai emas Public Gold. Samada anda membeli stok untuk simpanan sendiri ataupun menggantikan stok yang dijual anda tetap mendapat komisyen 1.5%.
Sebagai contoh, berdasarkan harga emas Public Gold diatas, jika anda menjual 1 keping jongkong emas 100 gram Public Gold dengan harga RM14,057 + RM30 kos pengangkutan maka komisyen anda adalah RM210.85 sen (kos pengangkutan tidak dikira di dalam komisyen).

2. Keuntungan belian balik diatara 5%-6%.
Jika pelanggan ingin menjual balik emas Public Gold kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga “We Buy” (lihat harga diatas). Harga ini adalah 5% – 6% lebih rendah daripada harga emas semasa. Jadi anda jimat 5%-6%. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli emas yang sama beratnya maka anda boleh jualkan emas tersebut dan mendapat untung atas angin sebanyak 5%-6%.
Sebagai contoh, Jika pelanggan ingin menjual kembali 100 gram Public Gold maka anda akan
membelinya pada harga RM13,354. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram
emas Public Gold daripada anda maka anda boleh menjualnya pada harga RM14,057 + RM30.
Anda akan mendapat untung atas angin sebanyak RM733.00 untuk urusniaga ini. Best bukan?

3. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga naik semula.
Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyak mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila menjual emas tersebut ketika harganya naik. Anda boleh mendapat keuntungan tambahan bernilai ratusan ringgit dengan membuat teknik ini.


www.barakahemas999.com

Pelaburan

Assalamualaikum sahabat-sahabat emas..

Kali ini saya ingin menyentuh tentang masa dan pelaburan. Baru2 ini kita dapat lihat kenaikan harga emas begitu mendadak sekali. Ramai antara sahabat2 yang mengambil keputusan untuk menjual emas mereka. Kenapa? ini kerana sahabat2 ingin mengambil keuntungan dan mengharapkan harga emas akan turun untuk membeli semula. Bagaimana kalau harga emas turun tapi tidak seperti yang diharapkan?..

Ini lah yang dikatakan masa dalam pelaburan amat penting. Kita kene lihat portfolio pelaburan manakah yang kita pilih? sekiranya hartanah atau emas. Ya, kalau kita pilih portfolio hartanah dan emas, ia memang memerlukan masa yang panjang untuk mendapat keuntugan yang maksimum. Kita kene ada target untuk membuat pelaburan ini, lama mana kita nak, 1 tahun, 2 tahun atau lebih lagi dan kita juga mesti tahu masa mana kita ingin mengambil keuntungan dari pelaburan yang kita buat.

Dalam pelaburan, masa memainkan peranan penting dalam menentukan kita mencapai matlamat yang diinginkan. tak rugi kalau kita mula dari awal lagi. Malah tiada alasan kukuh sebenarnya untuk kita tidak melabur terutama dalam emas kerana risikonya terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan portfolio lain.

Masa juga berkait dengan ilmu dan pengetahuan. Bagi pelabur yang bermula dari usia muda, mereka bukan sahaja berpeluang menimba ilmu secara teori malah mempunyai kelebihan dari segi pengalaman berjinak2 dalam dunia dan realiti pelaburan.

Sebenarnya, bukan wang atau jumlah modal menjadi persoalan utama, paling penting ialah kita mempunyai masa yang lebih panjang untuk mencapai matlamat dan impian kewangan kita.

Faktor utama kejayaan dalam pelaburan adalah bagaimana kita mengoptimumkan kuasa masa itu sediri untuk menadapat kadar pulangan yang diraih menerusi pelaburan. Masa tidak bergantung kepada berapa banyak wang yang kita ada dan berapa bijak kita melabur tapi masa adalah elemen berharga yang patut kita rebut.

Banyak kelebihan yang boleh di nikmati dengan melabur lebih awal. Antaranya, kita dapat melabur lebih agresif dalam memilih instrumen pelaburan memandangkan kita mempunyai masa yang panjang untuk pulih sekirannya pelaburan kita terjejas. Dengan jangkamasa yang panjang juga kita boleh menikmati nilai sebenar dalam pelaburan dan memaksimumkan pulangan dari pelaburan kita.

Justeru itu, marilah kita melabur dari awal lagi terutama dalam membeli dan menyimpan emas. Mana yang dah mula tu tahniah saya ucapkan dan pada sahabat2 yang tengah mencari tu, ambilah peluang ini secepat munking., beli dan simpan lah logam yang amat berharga ini.

petikan dr jaringemas

Teknik Membuat Keputusan Dalam Pelaburan

Tanpa kita sedar, banyak keputusan yang kita lakukan di dalam kehidupan ini, tidak kira dari segi apa sekalipun, ianya lebih banyak berdasarkan Emosi berbanding Informasi. Kegagalan menggunakan medium yang tepat ketika membuat keputusan, terutamanya dalam aspek pelaburan akan mengakibatkan individu itu menanggung risiko kerugian dan sentiasa diganggu oleh ketidaktentuan emosi yang disebabkan oleh turun naik sesuatu pelaburan itu.

Sebagai panduan, sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan sesebuah pelaburan, pastikan anda mampu mengenalpasti 3 jenis Informasi ini :

1- Fakta ~ Sesuatu yang boleh dibuktikan kebenarannya melalui sumber2 tertentu.

2- Pendapat / Pandangan ~ Sesuatu yang mungkin Benar, dan mungkin juga Salah berdasarkan fakta atau logik seseorang.

3- Prinsip ~ Sesuatu yang dasarnya telah termaktub dan tidak dapat diubah.

Hari ini, faktor utama kegagalan dan kerugian seseorang itu dalam pelaburan adalah disebabkan mereka membuat keputusan pelaburan hanya berdasarkan kepada Pendapat / Pandangan seseorang, rakan2 atau sesiapa sahaja yang sebenarnya mereka sendiri tidak dapat memastikan kesahihan pendapat yang diberikan.

Sebagai contoh, apabila seseorang mahu memulakan pelaburan Emas, mereka akan meminta pendapat dari Peniaga Emas, Tukang Emas, Pegawai Bank, rakan2, pasangan dan lain2 lagi yang mana perbezaan pendapat diantara mereka itu mengakibatkan seseorang individu itu serta-merta menangguhkan hajatnya untuk membeli Emas, dan akhirnya membuatkan mereka terus menerus mengeluh kesal apabila melihat harga Emas yang kian mendaki tinggi dari hari ke hari.

Berbanding jika keputusan itu dibuat berdasarkan kepada Fakta yang selama ini telah membuktikan apabila berlaku krisis ekonomi / kewangan di Amerika, maka harga Emas akan melonjak tinggi disebabkan oleh permintaan yang meningkat bagi tujuan melindungi nilai kekayaan dari lenyap ditelan oleh arus kemelesetan.

Fakta juga membuktikan dimana apabila krisis kewangan berlaku, maka kuasa beli oleh Wang Kertas (Dollar) semakin menyusut dan membuatkan harga Emas akan menjadi semakin mahal. Contoh, jika sebelum ini kita cuma perlu membayar $800 sahaja untuk membeli 1 Troy Oz Emas, kini disebabkan oleh penyusutan kuasa beli, maka kita terpaksa membayar sehingga $1900 untuk membeli Emas yang sama beratnya.

~ Berdasarkan Fakta ini, kita telah mendapat satu keputusan bahawa ketika ini adalah waktu terbaik untuk kita membuat pelaburan ke atas Emas berbanding pelaburan dalam bentuk yang lain.

Prinsip Asas secara semulajadi (Fitrah) telah menentukan bahawa setiap perkara yang berlaku, pasti akan ada perkara yaang berlawanan dengannya. Sebagai contoh, setiap kehidupan pasti ada kematian, jika ada yang sihat pasti ada yang sakit, jika ada yang baik pasti ada yang buruk, jika ada yang diatas pasti ada yang dibawah dan jika ada yang naik pasti ada yang turun.

Sir Isaac Newton telah memperluaskan prinsip yang dinamakan Newton’s Law ini dimana mengikut prinsip ini “For an every action, must be equal an opposite direction (Untuk setiap tindakan, pasti akan ada tindakan yang berlawanan)”.

~ Berdasarkan Prinsip ini, sekiranya kita mengharapkan harga Emas di pasaran terus menerus naik tanpa mengalami sebarang penurunan langsung baru kita mahu membeli Emas, bermakna kita sedang menafikan Prinsip Fitrah yang sememangnya tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Kita mahukan sesuatu yang berlawanan dengan Prinsip semulajadi, yang mana ianya adalah amat mustahil, ibaratnya seperti menunggu kucing bertanduk dan membuatkan sampai bila2 pun kita tidak akan membeli Emas.

Memang benar harga Emas akan turun dan naik, tetapi bukanlah harganya turun dan naik dalam ‘Range’ harga yang sama, sebaliknya, setiap kenaikannya akan sentiasa lebih tinggi berbanding harga tertinggi sebelumnya, dan apabila ia turun pun ia tidak akan turun sehingga ke paras yang sama rendah seperti harga terendah yang sebelumnya.

Kesimpulannya ~ Ayuh mula membeli Emas sekarang dan jangan terpengaruh dengan naik turun harga dalam tempoh masa yang singkat kerana berdasarkaan Fakta awal kita tahu bahawa harganya akan terus meningkat dalam jangkamasa sederhana dan panjang.

Khamis, Jun 02, 2011

PUBLIC SAFE...

Assalamualaikum sahabat-sahabat emas..

Di sini saya ingin kongsi salah satu syarikat yang memberi perkhidmatan simpanan dan pinjaman bersandarkan emas. Saudara boleh lah baca maklumat yang ditulis dibawah ni tapi satu je pesanan saya, ianya bukan arrahnu dan ianya bukanya islamik kerana ianya lebih utamakan menyewa peti simpanan.

Public Safe

1- Public Safe adalah satu kemudahan simpanan yang disediakan oleh Public Gold dan ianya bukan pajak gadai.

2- Pelanggan boleh memilih samaada ingin menyimpan di dalam peti simpanan selamat dan membayar sewa peti selama setahun, atau menyimpan dan mengambil tunai 70% dari nilai semasa emas dan membayar upah simpan pada bulan ke 6.

3- Nilai Simpanan di kira berdasarkan harga semasa PG SELL, dan pelanggan boleh mengambil tunai 70% dari harga semasa simpanan dibuat.

4- Upah yang dikenakan hanya 1% sebulan dan perlu dibayar ketika barang diambil, bukannya secara bulanan.

6- Pada bulan ke 6, emas perlu diambil dan dibayar upah, jika tidak pelanggan akan didenda sebanyak 3 peratus sebulan dari nilai simpanan emas tersebut. Bermakna, anda perlu ambil dan bayar upah pada bulan ke 6, kemudian anda boleh simpan semula dengan nilai semasa emas yang baru pada waktu itu. Biasanya kalau di arrahnu ianya dipanggil overlap.

7- Ianya memang bukan islamik kerana ternyata ia bukan pajak gadai islam atau pajak gadai konvensional, tetapi hanya satu kemudahan yang diberi kepada pelanggan dan Dealer2 Public Gold dan saya rasa mungkin emas dengan hallmark selain PG tidak diterima untuk kemudahan ini.

8- Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan cawangan PG yang berhampiran.

Rabu, Mei 11, 2011

KAWALAN EMOSI DALAM PELABURAN

Kawalan Emosi Dalam Pelaburan
by Yus Pj on Saturday, May 7, 2011 at 2:26am

OK, saya nak share tentang kawalan emosi semasa kita melabur. kawalan emosi adalah sangat penting…seperti yang pernah dikatakan olen Warran Buffet ” if you cannot control your emotions, you cannot control your money”. Awal minggu ini ramai yang telah membuat lock emas dan perak disebabkan penurunan harga comodities ini disebabkan oleh geopolitical issue (kematian Osama bin Laden) khususnya. Di dalam tabloid Wallstreet Journal sepanjang minggu ini sibuk memperkatakan tentang isu tersebut dan kesannya yang hanya melonjakkan US dollar untuk sementara waktu.

Dan semalam, harga comodities terus turun, dan banyak yang berkata RUGI kerana membuat belian di awal minggu. Jangan lah kita merasa rugi. Setiap pelaburan itu pastinya ada untung dan rugi. Jangan kita menilai dalam jangkawaktu yang pendek kita telah rugi. Kita hanya rugi dari segi jumlah pembelian, tetapi kita masih belum rugi kerana kita telah selamatkan duit kita dari dimakan inflasi. Janganlah baru 4 hari kita membeli emas dan perak, dan harganya turun dalam jangkamasa 4 hari ini dikatakan rugi, ini adalah persepsi yang salah.

Flactuation on price tetap akan berlaku, mana ada satu pun pelaburan di dalam dunia ini yang hanya menunjukkan kenaikan sahaja, MUSTAHIL!! Comodities sangat sensitif dengan isu2 semasa, lantaran pemahaman tentang perkembangan isu semasa adalah sangat penting. Janganlah kita merasa rugi, disebabkan kejatuhan harga dalam jangkawaktu yang pendek. Insyallah dengan impak dari isu semasa yang melanda dunia ini hanyalah bersifat sementara. Jika kita sudah membeli pada harga yang tinggi, sekiranya ada modal lagi kita beli lagi di waktu rendah…amalkan dollar cost averaging. Ini akan mengurangkan harga tinggi yang anda beli sebelum ini.

Kepada anda yang masih belum melabur dalam emas dan perak, anda adalah orang yang boleh dikatakan sebagai RUGI!selak surat khabar minggu lepas, cari berapakah peratusan inflasi dalam suku tahun pertama. Wang kertas anda akan dihakis oleh inflasi sekiranya anda tidak tukarkan dengan emas dan perak. Bak kata orang putih “when inflation occurs, gold prevails”….

Kepada yang nak mula menceburkan diri dalam pelaburan emas dan perak, masih belum terlambat untuk mula. Better be late than nothing. Hubungi saya jika anda berminat!!!

Ahad, Mei 08, 2011

7 FAKTOR KENAIKAN EMAS...

Harga emas telah meningkat sebanyak EMPAT KALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas.

7 KUASA BESAR akan menolak emas sehingga mencapai harga $1,900

1.PENGELUARAN EMAS TAHUNAN BERKURANG

Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumbersemakin kurang dan kualiti semakin menurun.
Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali – menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku… harga emas akan panik dan naik mendadak!

2.EMAS MAKIN SUSAH DICARI!

Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.
Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz… ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa!
Apabila emas makin susah dicari… emas yang ada sekarang semakin bernilai… dan sesiapa yang memegangnya sekarang… boleh mendapat untung yang amat besar selepas ini…

3.PERMINTAAN PELABURAN UNTUK EMAS

Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai.Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.Dalam ayat World Gold Council sendiri…Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas — dan mahukannya cepat!Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya… semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!

4.BANK PUSAT SIBUK MEMBELI EMAS!

Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah – termasuk IMF – sebanyak 400 tan sahaja.
Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran.
Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.
Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).
Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.
Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga..

5.GESAAN UNTUK MATA WANG BERASASKAN EMAS

Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas – macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970.
Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka — meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.
Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.
Dengan kata lain – emas bakal menjadi “wang baru” untuk kebanyakan negara — terutama sekali negara-negara Islam.

6.PERMINTAAN EMAS HANGAT DI ASIA

Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.
Tapi sekarang… China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak…secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.
Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?
Harga emas akan meningkat lagi.

7.EMAS DI DALAM SECULAR BULL MARKET

Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.
Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi “bubble” (pada tahun 1998-2000) dan housing “bubble” (2007-2010) nampak kecil berbanding “bubble” emas yang akan berlaku.
Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda bolehsekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.
2011 ialah masa terbaik untuk membeli emas. Percaya atau tidak, lebih banyak orang melepaskan emas sekarang, lebih baik anda beli sekarang kerana mereka ingat masa menyimpan emas sudah berakhir.

BELI EMAS SEKARANG, SEBELUM HARGA

TERLALU MAHAL UNTUK ANDA DAPATKANNYA…

Apabila saya melihat ramai orang mula menjual emas yang telah mereka beli, saya berasa gembira. Ini menunjukkan ramai orang ingat harga emas akan turun dan menjual emas yang mereka ada. Mereka tidak mengetahui 7 perkara yang telah saya sebutkan sebelum ini kepada anda.
Lebih ramai orang menjual, lebih rendahlah harganya… walaupun keperluan emas semakin meningkat setiap hari. Mereka tidak tahu apa yang anda tahu mengenai emas.
Jika anda membeli sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan turun. Anda tidak perlu takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut. Anda hanya perlu beli emas sedikit demi sedikit, semampu yang anda boleh. Jika anda perlukan wang kertas, anda boleh sahaja mengadai emas tersebut ketika harga rendah atau menjual emas tersebut ketika harga tinggi, semua bank dan kedai emas akan menerima emas anda tanpa banyak soal !! memang hebat produk bernama EMAS ni !! Simpan dapat untung, jual pun dapat untung !!
Dengan ini, anda boleh melindungi aset anda daripada semua benda yang menyebabkan wang ringgit jatuh. Seperti yang saya katakan, emas ialah anti-inflasi jadi nilai emas tidak akan turun.
PERCAYALAH, HARGA EMAS HARI INI LEBIH MURAH DARI HARGA EMAS TAHUN DEPAN..

hakmilik barakahemas...

CERITA PELABURAN...


Apa pandangan korang?...
Mana yang untung?
Pilihlah yang terbaik...
Masih belum terlambat...

Jangan Malu..
Jangan Segan...
Hubungi saya di talian 019-7429398

Khamis, April 14, 2011

Lonjakan harga emas



HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Isnin, Mac 21, 2011

SATU BULAN SATU DINAR

Bulan mac hampir melabuhkan tirainya, saya ingin berkongsi tips untuk menyimpan Wang. Ini merupakan antara azam saya bagi tahun 2011 iaitu saya nak simpan satu bulan satu dinar!!!

Mungkin ada yang bertanya mengapa simpan dinar (emas), mengapa tak simpan duit je dalam bank? Ini adalah alasan saya.....

1) katakan kita secara bulanan mendapat gaji....Dan duit gaji tu digunakan untuk bayar sewa rumah, kereta, makan-minum perbelanjaan sampingan.....

2) setelah semua perbelanjaan diatas dibuat, kemungkinan akan ada baki yang biasanya duit lebihan....selalunya kita Akan biarkan duit itu berada dalam bank...

3) katakan purata duit lebihan dari gaji adalah RM 700.00 sebulan, genap setahun duit dalam Bank itu akan menjadi RM 8400.00 (RM 700x12)

4) Harus diingat , sistem kewangan di serata dunia dibelenggu oleh inflasi....termasuk ringgit. katakan purata di Malaysia secara tahunan dianggarkan 5% setahun ( saya percaya inflasi di Malaysia lebih tinggi!!!)

5) Maka wang kertas yang disimpan di Bank itu akan mengalami susut nilai disebabkan oleh inflasi sebanyak RM 420 (RM 8400 x 5%) Tidakkah ini merugikan kita? Jika inflasi yang berlaku lebih tinggi dari 5%, anda bole bayangkan berapa banyak kite sudah rugi??? Jadi fikir-fikirkan....

6) Maka itu, adalah digalakkan jika anda tukarkan Wang simpanan (lebihan dr gaji) sebanyak RM 700 itu kepada dinar. Cukuplah kita menyimpan 1 dinar satu bulan....tapi kalau ada lebihan yang banyak tak salah untuk menyimpan lebih dari satu dinar!!

7) bagaimana dengan menyimpan dinar ini menguntungkan? Dinar merupakan emas (916). Purata kenaikan emas sebulan dianggarkan 2% sebulan ataupun setahun sekitar 24-28% setahun! Jadi, sekiranya setiap bulan anda menyimpan sebanyak satu dinar, anggaran keuntungan di akhir tahun mampu menjangkau lebih dari RM 1800!! Tidakkah ini menguntungkan??

8) mungkin juga ada yg bertanya tak salah kalau lebihan duit itu tadi disimpan di ASB? Jawapan saya betul, anda bole! Tapi berapa yang akan dapat? (rm8400x8.5%) Sekitar rm700...tetapi saya percaya jumlah itu Akan jadi lebih sedikit kerana anda meyimpan secara bulanan, justeru ia dikira secara purata.

9) kesimpulannya, jika anda diberi peluang untuk mendapat RM 1800 vs RM 700, mana satu yang akan anda pilih??

TEPUK DADA TANYALAH SELERA....


Selasa, Mac 15, 2011

MARI...MARI...MARI BELI EMAS....



BELI EMAS SEKARANG MASA HARGA MURAH INI !.
Harga emas jatuh merundum murah hari ini susulan gempa bumi dan tsunami di Jepun. Bila harga emas murah ini merupakan peluang bagi anda nak beli emas ataupun menyertai perniagaan emas yang terbaik.
Ini kerana dengan harga emas murah ini, anda dapat membeli emas dengan kuantiti yang banyak. Jika anda berniaga emas, ini masa nak beli dan buat stok..bila harga naik boleh jual pada harga pasaran semasa..dan pasti akan banyak menguntungkan anda.

Oleh itu hubungi saya 019-7429398
untuk beli emas
SEKARANG..

BELI SESUATU YANG MAHAL, TAPI BAYAR HARGA MURAH

Untuk kali ini, saya ingin berikan pendedahan yang amat penting kepada anda, sebenarnya ramai yang tidak sedar mengapa perlu kita sandarkan setiap perbelanjaan kita dengan emas.

Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.

Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil “Fiat Money”. Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.

Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas.Caranya?

Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.

Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.

Contoh :

Seorang rakan saya mempunyai tunai sebanyak RM100k dan beliau ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah kereta baru yang berharga RM 70k.

Saya memberi pandangan kepada beliau, jika beliau membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos2 sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan beliau mempunyai tunai yang banyak.

Justeru, saya menyarankan beliau agar menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar beliau tidak mengalami kerugian!!

Saya mencadangkan agar RM 100,000 tersebut dibelikan emas, pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.

Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.

Pada ketika itu, beliau boleh menjual emasnya dan menebusnya dari Ar-Rahnu.

Perkiraan mudahnya ialah :

RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) – RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00

RM 105,000.00 – RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm tgn)

Nah, dalam hanya 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 83,400.00.

RM 100,000.00 (Modal asal ) – RM 83,400.00 (Untung dlm tgn) = RM 16,600.00

Ini bermakna beliau telah membeli sebuah kereta yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar RM 16,600.00!!

Dan upah simpan yang beliau bayar hanyalah kira2 RM 600.00 sebulan, sedangkan jika beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli kereta, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!

Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan? justeru jangan bazirkan setiap sen wang anda.

Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!!

Jadi jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu harga turun, jika anda beli ketika harga tinggi, lebih tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil pajakan Ar-Rahnu!!

Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah untuk dimanipulasikan, yang penting anda tahu cara pengurusannya.

Ini hanyalah secebis ilmu berharga yang saya kongsikan, masih banyak lagi yang tersimpan dalam kepala saya, dan saya bersedia untuk berkongsi dengan anda pada bila-bila masa!!

Anda tak perlu bayar untuk ilmu yang tak ternilai harganya ini, cukuplah jika anda memahami konsep ini dan bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian demi kerugian dengan cara menghubungi saya di 019-7429398 dan beli emas sebanyak mungkin!! : )

Membeli Emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai Wang

Di Agro Bank, yang terkini ialah anda boleh membuat pajakan 9 bulan + 2 bulan, kemudian jika anda masih mahu meneruskan pajakan, Ar-Rahnu akan buat valuation semula dengan Nilai Marhun yang baru sehinggalah 9 bulan seterusnya, dan buat lagi valuation dan seterusnya.

Bermakna, jika kenaikan pada waktu itu 30%, anda akan mendapat lebihan tunai lagi!!

Jika selepas 9 bulan Ar-Rahnu tidak lagi menerima pajakan, sudah tentu Ar-Rahnu sendiri akan kerugian!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...