Isnin, Januari 24, 2011

UNTUNG ATAU RUGI...FIKIR-FIKIRKAN LAH...

Assalamualaikum dan Salam Ceria kepada peminat emas.
Kali ini saya ingin bercerita tentang Keuntungan jangka Pendek yang boleh kita kecapi hasil dari Produk Emas keluaran Public Fine Gold Sdn. Bhd. Mesti anda tertanya tanya kenapa emas PG saja, sedangkan emas lain pun sama la, ada valuenya..jawapan nya cukup mudah, Emas memang sama, namun hebatnya PG adalah kerana ia mempunyai sistem online yang boleh kita lock harga sendiri tanpa melalui orang tengah. Kita boleh berurusan secara langsung dengan Syarikat Public Fine Gold. Mesti anda tertanya-tanya pula apa manfaatnya sistem lock harga inikan.Ini pun cukup mudah jawapannya. Melalui kaedah ini, anda akan berada dalam tiga situasi berikut yang mana ketiga-tiganya menguntungkan anda.

Situasi 1 : Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan =Anda Untung
Situasi 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung
Situasi 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh=Anda Masih Untung


Senario Situasi 1 : Beli dan Jual Emas Ikut Harga Semasa Kepada Pelanggan.
Sebagai contoh, En. Ali ingin membeli emas 20gram daripada saya, katakan harga semasa tersebut adalah RM3000.00. Jadi apa yang saya dapat adalah komisyen 1% daripada RM3000.00 tu, dengan syarat terus lock harga melalui sistem online atau buat panggilan terus ke public gold.

1/100 x RM3000.00 = RM30.00.
Komisyen ini akan dibank in oleh Public Fine Gold pada 15 haribulan berikutnya.Sekiranya emas 20gram tersebut sudah ada ditangan kita, jadi kita serahkan emas tersebut kepada pelanggan, dan terima duit dari pelanggan sebanyak RM3000.00. Duit tersebut kita gunakan untuk buat bayaran emas yang baru kita lock iaitu sebanyak RM3000.00 tadi. bayaran ini boleh dibuat secara cash di pejabat PG atau kalau nak selamat sila bank in kan ke akaun Public Fine Gold. Kita hanya perlu ke pejabatnya untuk mengambil emas dengan hanya membawa slip bayaran asal sahaja. Tak perlu lagi susah payah bawa duit. Dengan kata lain, keuntungan adalah melalui komisyen semata-mata.Untungkan.


Senario Situasi 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung
Situasi ini adalah normal dalam apa jua jenis perniagaan. Tetapi kelebihannya dengan Emas Public Gold, anda dua kali untung.
Untung 1 : Keuntungan kenaikan harga. (Untung Runcit)
Untung 2: Dapat komisyen 1% dari harga semasa.
Contoh kes. katakan Ali (normal dealer) membeli emas 20gram dengan harga semasa dengan harga RM3000.00. Jadi Ali sudah layak menikmati komisyen 1% komisyen iaitu sebanyak RM30.00 pada 15 haribulan berikutnya. Selepas beberapa ketika, ada pelanggan ingin membeli emas tersebut dari Ali. katakan harganya semasa waktu itu adalah RM3050.00. Ini bermakna Ali sudah menikmati keuntungan runcit sebanyak RM50.00. Bagaimanapun Ali berfikir panjang, kerana ia ingin meneruskan trading emas ini, jadi Ali membuat keputusan untuk ganti balik emas yang dijual tersebut. Apabila jual beli emas selesai, Ali pun beli pula emas 20gram tersebut dengan Public Gold yang berharga Rm3050.00. Dari sini Ali menerima lagi komisyen 1% komisyen lagi dari RM 3050.00 iaitu sebanyak RM30.50. Maka kalau dikira, Ali sudah terima komisyen sebanyak RM30.00 +RM30.50 =RM60.50 dan emas 20gram masih ada lagi ditangan. Untung kan.

Senario Situasi 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi & Jual waktu harga jatuh=Anda Masih Untung
Kes ketiga ini sukar berlaku untung jika produk lain , kecuali dengan emas keluaran Public Gold. Contoh mudah. Ali beli emas 20gram dengan harga RM3000.00, Ali dapat komisyen 1% iaitu RM30.00. Setelah beberapa ketika , didapati emas dunia merosot dan kesannya turut dirasai oleh pasaran emas public gold di malaysia ni. Andai kata masa tersebut emas susut sehingga 20gram menjadi RM2800.00. Apa minda kita yang cetak ni, memang rugi la kalu kita jual, sebab terang-terang akan rugi sebanyak RM200.00 -RM30.00=RM170.00 kan. Dah tu, macam mana saya kata untung lagi? Mudah ajer caranya, walaupun harga emas susut mendadak jangan risau, yang penting bila ada saja pelanggan ingin beli, kita WAJIB JUAL dan WAJIB lock harga tersebut dengan Public Gold. andaikata kes ini 20gram bernilai RM2800.00. Kita terus lock harga ini, dan apabila transaksi jual beli emas selesai dengan pelanggan, duit yang kita perolehi dari pelanggan tu, kita bayar emas semula kepada PG. dan kita layak dapat 1 % komisyen sebanyak RM28.00 dan emas 20gram kita dapat kembali. kan Untung jugak tu.


Bagaimanapun, keuntungan dan kerugian adalah bersifat subjektif dan amat berbeza tafsiran pada setiap individu, TETAPI dengan emas public gold, memberi kuasa kepada kita sebagai pengguna akhir menentukan tahap keuntungan yang sepatutnya kita capai disamping dapat meminimumkan inflasi kewangan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...