Membuat Overlap/Offset diatas kenaikan harga emas
Purity/Rate | Harga/Gram |
999.9 | RM166.00 |
916 | RM157.00 |
= (RM1401.22 + RM2324.00) – ((3259.58 + (RM34.92 x 3bulan))
Purity/Rate | Harga/Gram |
999.9 | RM166.00 |
916 | RM157.00 |
Kadar Ar Rahnu Agro Bank (15/10/2010):
Emas 999 – RM159.10 per gram
Emas 950 – RM151.20 per gram
Emas 916 – RM145.90 per gram
Contoh:
Anda mempunyai emas 999 seberat 50 gram. Jika dirujuk kepada harga semasa emas Public Gold, Harga bagi jongkong emas 999 seberat 50gram adalah RM7447. Akan tetapi, kadar pajakan adalah ditentukan oleh Bank dan tidak berkaitan dengan harga Public Gold. Jadi, pengiraan kadar pajakan adalah seperti berikut:
1 gram = RM159.10
50 gram = 50 x RM159.10 = RM7955 <– Marhun
Upah Simpan = 0.6% sebulan (dari nilai marhun)
= 0.6% x RM7955 = RM47.73 Sebulan
Tempoh pajak Ar Rahnu AgroBank adalah 18 bulan maksimum, iaitu 6+6+6 bulan. Jadi, upah simpan untuk 6 bulan pertama adalah RM47.73 x 6 = RM286.38
Ini bermakna, nilai Marhun emas 50 gram anda adalah RM7955. Ar Rahnu AgroBank akan memberikan wang tunai pajakan sebanyak lebih kurang 70% dari nilai marhun emas anda. Jadi,
70% X RM7955 = 5568.50 —– > anda akan menerima sebanyak lebih kurang RM5550 iaitu 69.77% dari nilai marhun (Bergantung kepada pegawai bank pada masa pajakan)
*Mengikut pengalaman EmasZaman, jumlah wang tunai yang diterima dari 20 gram emas yang di pajak di Ar Rahnu AgroBank adalah RM2220 (10 gram = RM1110). Jadi, jika berat emas adalah 50gram, jumlah wang tunai yang diterima adalah:
50 gram x RM1110 = RM5550.
Contoh Jumlah wang tunai dari pajakan
(klik gambar untuk paparan penuh)
Oleh itu,
Jika ingin memajak untuk tempoh 6 bulan:
Upah Simpan Untuk 6 bulan = RM47.73 x 6 = RM286.38
Jumlah Pinjaman = RM5550 + RM286.38 = RM5836.38
Bayaran Ansuran untuk 6 bulan = RM5836.38 / 6 = RM972.73 sebulan.
Jika ingin memajak untuk tempoh setahun (12 bulan):
Upah Simpan untuk 12 bulan = RM47.73 x 12 = RM572.76
Jumlah Pinjaman = RM5550 + RM572.76 = RM6122.76
Bayaran Ansuran untuk 12 bulan = RM6122.76 / 12 = RM510.23 sebulan.
*Harus diingat, untuk melanjutkan tempoh pajakan selama 12 bulan, anda perlu menjelaskan upah simpan untuk 6 bulan yang pertama sebelum memohon untuk dilanjutkan tempoh ke 6 bulan yang ke-dua. Upah simpan untuk 6 bulan pertama sebanyak RM286.38 perlu diselesaikan dahulu. Dengan ini, anda telah membayar pinjaman sebanyak RM286.38 dan menjadikan baki pinjaman sebanyak RM6122.76 (setahun) tolak RM286.38 (upah 6 bulan) = RM5836.38 > baki pinjaman untuk 6 bulan berikutnya.
Pihak bank tidak mewajibkan pemajak untuk membayar secara bulanan. Ianya bergantung kepada si pemajak untuk melunaskan pinjaman dengan cara mana sekalipun. Pemajak boleh membayar pada bila2 masa dalam tempoh pajakan dengan syarat, semua pinjaman dibayar dalam tempoh ditetapkan (maksimum 18 bulan). Bayaran boleh dibuat secara bulanan dan boleh juga dibuat sekaligus ketika ingin menebus emas yang dipajak. Untuk melanjutkan tempoh ke 6 bulan ke-dua (12 bulan), upah simpan untuk 6 bulan pertama mesti dibayar terlebih dahulu, manakala untuk melanjutkan ke 6 bulan ke-3 (18 bulan), upah simpan untuk 6 bulan ke-dua perlu dijelaskan terlebih dahulu.
Surat Pajak Ar Rahnu Agrobank
Jika anda sudah jelas dengan cara-cara pajakan, sila teruskan membaca…
…Apa perlu anda buat dengan RM5550 dari gadaian tadi? Apa lagi… Beli emas yang bersamaan dengan nilai RM5550.
Contoh, dengan RM5550, anda boleh membeli emas seperti berikut (harga semasa post ini ditulis):
1 x Jongkong 20 gram = RM2990 x 1 = RM2990
(Tambah kos pengangkutan RM10 untuk jongkong emas 999 20 gram)
4 x 1 Dinar = RM618 x 4 = RM2472
Jumlah = RM2990 + RM10 + RM2472 = RM5472
Duit anda RM5550 tolak RM5472 = RM78 (Seelok-eloknya, simpan baki ini ke dalam bank)
Sekarang anda sudah memiliki emas seberat 20gram + (4 x 4.25 gram) = 37gram, yang bernilai RM5472. Apa nak buat dengan emas ni? Simpan dengan selamat… Apa yang untung nya? Rujuk situasi-situasi berikut:
Situasi 1:
20gram = RM2990 x 1.25 = RM3738
4 keping 1 dinar = RM2472 x 1.25 = RM3090
Jumlah = RM3738 + RM3090 = RM6828 > harga tahun hadapan
Situasi 2:
20gram = RM3738
4 x 1 dinar = RM3090
20gram = RM3738 – 6% = RM3514
4 x 1 dinar = RM3090 – 6% = RM2905
Jumlah harga = RM3514 + RM2905 =RM6419 > jumlah wang tunai anda dapat hasil jualan balik kepada Public Gold.
Bagaimana?… Untung bukan?…
Jadi, dengan memiliki emas, anda boleh menjana pendapatan pasif melalui kaedah pajak dan mendapat menambah nilai aset anda melalui kenaikan harga emas tahunan. Selepas setahun, jika anda ingin meneruskan kaedah ini, nilai pajakan akan menjadi semakin besar kerana Ar Rahnu juga akan meletakkan kadar pajakan emas yang lebih tinggi setiap tahun.
Menarik bukan?… ini baru pajak 50gram… kalau 100 gram? kalau 1000gram?… kaedah ni juga belum lagi merangkumi bagaimana untungnya jika anda adalah seorang pengedar emas Public Gold… kalau anda seorang pengedar, lebih banyak untung yang anda dapat melalui teknik pajak ditambah pula dengan komisyen jualan dan kenaikan harga emas…
Selamat mencuba…